Post kali nih berbeza dgn previous posts..Kali nih, saat jejari menekan pad2 kekunci, hati saya sakit dan diselubungi kesedihan serta kemarahan… Astagfirullahalazim…..
2 ungkapan penting yang ingin saya tekankan:
- Hidup umpana roda…
- Ibarat melepaskan anjing yang tersepit…
Apa kaitannya 2 ungkapan ini???
Ungkapan 1:
Allah telah menciptakan makhluknya dengan berbagai2 sifat dan takdir.. Mungkin itu yang tersurat dalam hidup seseorang dimulai dengan kesusahan dan kepayahan ..namun jgn sesekali lupa, bahawa kepayahan dan kesusahan itu barangkali akan menjadi satu kesenangan.. Ingat, hidup umpama roda.. sekejap berada di atas, sekejap berada di bawah..Jgn memandang rendah pada yang berada di bawah, hanya kerana kita berada di atas… Mungkin 1 hari nasib kita pula yang berada di bawah.. No body knows..mungkin bukan kita, mungkin anak cucu cicit kita…
Manusia adalah ciptaan Allah S.W.T yang diberi akal fikiran untuk hidup sebagai khalifah di muka bumi ini.. Namun, jika hidup sebagai khalifah ini disia-siakan maka, amatlah rugi hidup insane itu kerana masanya telah dibazirkan begitu sahaja…
Bukan untuk menagih simpati, coretan ini hanyalah sebagai pelepas kemarahan, kesedihan yang melanda diri… Dgn harapan, segala dendam yang diluahkan dlm bentuk tulisan, Berjaya mengawal diri, dari emmaki hamun , ataupun tangan naik ke muka insan yang bergelar perempuan itu…
Dugaan yang Allah kepada keluarga saya, yang saya tahu utk menguji sejauhmana keimanan, menguji sejauhmana, kuatnya rantai kasih keluarga antara kami. Alhamdulillah, segala dugaan dulu Berjaya dihadapi walaupun dgn kepayahan, tanpa ada unsur2 menyekutukan ALLAH, and Alhamdulillah, kami masih waras berfikir buruk baiknya tingkahlaku kami..
Lumrah manusia, spesifiknya org Melayu.. Bukan membuka pekung didada, tapi.. itulah realitinya… Gembira melihat saudara sebangsa seagam ditimpa kesusahan dan musibah… Menang layaknya bila melihat kesusahan yang ditanggung oleh insan lain, walaupun diri, tak sehebat mana.. Memang panas punggungnya bila melihat insan itu bangkit dan Berjaya keluar dari belenggu kepayahan , kesusahan…Mungkin perasaan hasad dengki, iri hati merajai hati perempuan itu…
Buat perempuan itu, saya doakan diberi ruang oleh Allah untuk bertaubat dan diberi keampuanan Allah atas apa kata nista yang kau canangkan mengenai keluargaku….
Ingatlah wahai perempuan … Puan M****…
1) Kau juga mempunyai anak2 yang masih kecil, yang tidak tahu apa yang akan jadi dimasa hadapan.. Kau bukannya tuhan yang bias mengatur segalanya… Apa jua nasib anak2 lelaki kau, mahupun anak PEREMPUAN kau.. Ingat ye wahai perempuan, menjaga anak perempuan lebih sukar dari menjaga lembu sekandang… Bukan niat aku unutk mendoakan yang buruk2 untuk anak2 kau, tapi, ingatlah balasan Allah tu nyata.. mungkin bukan pada kau, mungkin pada anak cucu kau, mungkin sepanjang nasab keturunan kau..
Ingatlah Azab Allah wahai perempuan….
2) Bebaskan lah dirimu wahai perempuan dari hasad dengki mahupun iri hati, Busuk sungguh hatimu.. Ingatlah apa sahaja perbuatan2 jahat yang kau lakukan pada keluargaku, Allah tetap ada untuk menghukummu.. Mungkin bukan didunia, tapi di akhirat kelak…
3) Wahai perempuan yang sentiasa irihati, sesungguhnya , sedarlah diri…Kau mempunyais egala- galanya.. Bersyukurlah dgn apa yang ada.. apa yang kau kecapi sekarang, gunakanlah sebaiknya.. Mengapa perlu ada iri hati yang sangat2 busuk pada keluargaku yang tak punya apa2??? Mengapa kau lampiaskan irihati yang bertuankan syaitan kepada ibuku yangs akit dan tak berdosa? Wajarkah kau hokum ibuku dgn mulutmu yang sentiasa mengadu domba hal kami?? Siapakah kau sebenarnya?? Manusia yang bertopengkan syaitan..
4) Bermuhasabah lah wahai perempuan… Adakah benar semua yang kau adu dombakan mengenai kami? Tidakkah ada perasaan malu pada diri kau tatkala bercerita tentang fitnah?? Sesungguhnya apa yang kau katakana adalah fitnah2 belaka…. Ingatlah fitnah itu lagi berat dari membunuh….
5) Wahai perempuan, aku tegaskan disini, bahawa, segala apa yang kau katakana, adalah fitnah2 belaka… aku tahu kau tidak akan baca coretan ini, namun aku tetap doakan kau supaya insaf.. Jangan mengata org lain kalu diri kau sendiri pun belum cukup ilmu didada…
- Jgn sebab kau irihati dgn keadaan kami, kau katakana kami sekian-sekian-sekian.. cuba kau lihat adik beradik ko sendir, bukankah mereka yang sekian-sekian-sekian? Kami bukan buta wahai perempuan.. Cuma kami bukan pembawa cerita seperti kamu…..kamu nih tak ubah seperti, “percik air didulang, terpercik dimuka sendiri…” mungkin 1 hari nanti, ada manusia yang seperti kamu, menjaja kehidupan keluargamu.. mungkin masa itu barulah kamu akan tahu, rasanya menjadi mangasa penganiyaan….
- Jangan kau cemburu, atas kejayaan aku , kau jajakan berita serong mengenainya.. FIkirlah secara logic wahai perempuan, aku Berjaya disebabkan aku berusaha.. bukan sebaliknya.. hapusakan titik hitam dalam diri kau wahai perempauan….
- Terimalah hakikat, bahawa, keluarga yang kau hina, kau burukkan, sebenarnya lebih bahagia, lebih Berjaya dari kau sendiri.. kau masih belum gagal wahai perempuan.. didiklah anak2 kau supaya menjadi org yang lebih berguna.. “bukannya yang masih kecil diajar untuk kelentong dan bermuka2…”
Perempuan, aku benar2 kecewa dgn apa yang aku dgr.. tindakan kau membuat ibuku semakin sakit.. tidakkah kau tahu, sebenarnya pekerjaan kau adalah satu pekerjaan yang mulia?? Namun, dgn apa yang kau lemparkan, kau jaja sewaktu bekerja, aku percaya, kau adalah org yang paling tidak berilmu pernah aku lihat.. Andai kata satu hari nnti, hidup kau berubah menjadi sempit, ingatlah, apa yang pernah kau buat.. doa org yang teraniaya itu, insyaAllah didengar Allah.. Selagi hati ini masih sakit dgn apa yang kau lakukan, selagi itu, aku tak dapat maafkan kesalah yang telah kau buat..Aku tahu aku tidak patut berdendam sebegitu rupa.. aku cuba untuk melupakannya dan aku sentiasa memohon agar Illahi membuka pintu hati kau untuk bertaubat dan mengampunkan aku atas segala keterlanjuran kata ku sepanjang coretan ini…